PL31 Daud, Raja Israel

Minggu 31  Daud, Raja Israel

2 Samuel 5 : 2 – 5

Daud ialah anak bongsu Isai. Dia seorang pengembala domba dan membantu ayahnya menjaga domba. Semasa Daud masih pemuda, TUHAN telah berfirman kepada Samuel untuk melantik Daud sebagai raja Israel. TUHAN tidak memilih abang-abang Daud yang lebih tua, berpengalaman dan kuat tetapi Dia memilih Daud, bukan kerana dia orang yang paling baik, tetapi kerana Daud seorang yang mengasii TUHAN. Dia menyenangkan hati TUHAN dan melakukan segala kehendakNya. Sepanjang pemerintahan Daud sebagai raja Israel, dia selalu berdoa dan mencari panduan TUHAN sebelum dia memulakan tugas penting. Dia menyembah TUHAN, Allah Israel dan TUHAN telah memberkati Israel dan menjadikan Israel makmur semasa pemerintahan Daud. Kita perlu mencontohi Daud dan mencari TUHAN dengan sepenuh hati kerana apabila kita berbuat demikian kita akan menemuiNya dan menyenangkanNya.

 

Aktiviti

Guntingkan bentuk mahkota daripada kadbod dan lekatkan kedua-dua hujung bersama untuk menjadi mahkota. Kemudian gunting keluar bentuk hati dan bantu adik-adik melekatkan bentuk hati di tengah-tengah mahkota. Ingatkan adik-adik Daud seorang raja. Dia orang yang sangat penting tetapi dia juga mengasihi TUHAN dan melakukan segala kehendakNya. Suruh adik-adik angkatkan tangan jika mereka juga mengasihi TUHAN. Akhirnya beri adik-adik stiker atau pensel warna untuk menghiaskan mahkota mereka.

plm31