PL32 Awan yang Membawa Hujan

Minggu 32           Awan yang Membawa Hujan

1 Raja-Raja 18 : 41 – 45

Raja Ahab seorang raja yang zalim. Semasa dia memerintah Samaria dia menyembah Baal dan membangkitkan kemurkaan TUHAN. TUHAN menahan hujan daripada turun di wilayah Samaria beberapa tahun. Ini menyebabkan Samaria mengalami kebuluran yang teruk. Tumbuh-tumbuhan semuanya mati, binatang ternakan pun mati dan sungai menjadi kering. Pada tahun ketiga, TUHAN telah berfirman kepada Elia dan menyuruhnya pergi menghadap Raja Ahab dan memberitahunya bahawa TUHAN akan menurunkan hujan sekali lagi. TUHAN hendak menunjukkan kepada Raja Ahab yang Dialah yang memberi hujan di Samaria, dan bukan Baal atau berhala yang lain. Memang TUHAN, Allah kita boleh memberkati kita dan Dia juga boleh menarik balik berkat.

 

Aktiviti

Cetakkan gambar yang berikut bagi adik-adik. Tunjukkan mereka tanah kelihatan kering-kontang dan semua tumbuh-tumbuhan telah mati. Beritahu mereka TUHAN telah menahan hujan selama tiga tahun kerana Raja Ahab dan orang Israel membangkitkan kemarahan TUHAN dengan penyembahan berhala Baal. Kemudian bantu adik-adik melekatkan kapas pada awan. Akhirnya adik-adik boleh mewarnakan gambar itu.

plm32