PL 34 Sembah TUHAN, Allah yang Maha Kuasa Sahaja

Minggu 34           Sembah TUHAN, Allah yang Maha Kuasa Sahaja

1 Raja-Raja 19 : 18

Semasa Raja Ahab menjadi Raja Israel, dia telah menyembah berhala lain seperti Baal. Dia juga menyebabkan umat Israel melanggar perjanjian mereka dengan TUHAN dan menyembah Baal. Elia berasa sangat sedih kerana dia ingatkan bahawa dia seorang sahaja yang masih menyembah TUHAN, Allah yang Hidup. Memang Raja Ahab telah menyuruh pengikut-pengikutnya merobohkan mazbah TUHAN dan membunuh nabi-nabiNya. Tetapi TUHAN berfirman kepada Elia dan memberitahunya bahawa pada masa itu terdapat tujuh ribu orang di Israel yang setia kepadaNya dan tidak pernah bersujud kepada Baal.

 

Aktiviti

Terdapat banyak berhala dan dewa-dewi yang orang sembahkan di dunia ini. Kita tidak boleh menghina penganut-penganut berhala yang lain tetapi kita harus menyembah TUHAN, dan TUHAN sahaja. Tanya adik-adik siapakah yang ingin menyembah dan mengikuti TUHAN, Allah yang Maha Kuasa sahaja. Kemudian potong keluar bentuk salib daripada kadbod dan beri satu kepada setiap adik-adik. Bantu mereka tulis nama mereka atas salib itu. Selepas itu mereka boleh mewarnakan dan menghiaskan salib mereka. Ingatkan adik-adi tujuan membuat salib ialah untuk mengingati adik-adik supaya selalu setia kepada TUHAN dan Yesus sahaja.

 

plm341