Minggu 35 Kereta Kuda Berapi
2 Raja-Raja 2:11 – 12
Elia telah melakukan kerja TUHAN dengan baik dan tabah banyak tahun. Dia memberitahu firman TUHAN kepada raja Israel dengan berani walaupun raja itu tidak mengalu-alukannya. Dia menyembah TUHAN sahaja walaupun seluruh Israel telah meninggalkan TUHAN dan menyembah berhala Baal. Apabila masanya tiba untuk berangkat ke syurga TUHAN menyediakan Elia terlebih dahulu. Menjelang masa yang ditetapkan itu, Elia bersama pengikutnya Elisa sedang berjalan dekat dengan Sungai Yordan. Tiba-tiba sebuah kereta berapi memisahkan mereka lalu Elia diangkat ke syurga oleh angin puting beliung. Pengikutnya Elisa ditinggalkan di bumi dan dia meneruskan kerja Elia. Dalam Al Kitab, terdapat dua orang sahaja yang tidak mengalami kematian, satu daripadanya ialah Elia.
Aktiviti
Warnakan gambar di bawah.