PL37 Minyak untuk Balu Miskin

Minggu 37     Minyak untuk Balu Miskin

2 Raja-Raja 4 : 1 – 7

Pada suatu hari, balu seorang nabi datang ke Elisa dan memberitahunya suaminya telah meninggal dunia tetapi masih berhutang wang. Jika hutang itu tidak dijelaskan orang itu akan datang untuk merampas dua orang anak lelakinya dan menjadikan mereka abdi untuk membayar hutang mendiang suaminya. Balu itu hanya mempunyai sedikit minyak zaitun di rumahnya. Elisa menyuruh balu itu mengutip bejana-bejana kosong daripada jiran-jirannya, seberapa banyak yang boleh. Selepas itu, balu disuruh tutup pintu rumah dan tuangkan minyak zaitunnya ke dalam bejana-bejana kosong itu. Balu itu menurut perintah Elisa. Dia mengambil minyak zaitunnya sendiri dan menuangkannya ke dalam bejana-bejana yang dikutipnya. Minyak zaitunnya yang sedikit itu tidak habis mengalir sehingga semua bejana-bejana kosong telah diisi penuh dengan minyak. TUHAN telah menggunakan Elisa untuk melakukan mukjizat ini. Balu itu menjualkan semua minyak itu untuk menjelaskan hutang suaminya dan wang yang selebihnya digunakan untuk menyara keluarganya.

Aktiviti

Tambah sedikit pewarna makanan kuning ke dalam satu liter air supaya ia kelihatan macam minyak. Simpan air ini dalam satu bekas. Kutip botol-botol plastic kosong yang kecil dan beri satu botol kepada setiap adik-adik. Bantu mereka tuang air kuning daripada bekas besar ke dalam botol kecil masing-masing. Beri adik-adik label puih yang kosong. Mereka boleh menulis nama mereka atas label itu dan menghiaskan label itu lalu melekatkan label ke atas botol mereka. Bawa dulang dan kain untuk melapkan sebarang tumpahan.

plm37