PL38 Elisa Menghidup Kembali Budak Lelaki Mati

Minggu 38  Elisa Menghidup Kembali Budak Lelaki Mati

2 Raja-Raja 4 : 18-37

Setiap kali Elisa melawati Sunem, dia menginap di rumah seorang perempuan yang kaya. Perempuan itu dan suaminya tidak mempunyai anak tetapi selepas menyediakan keperluan untuk Elisa dengan bersungguh-sungguh, TUHAN telah mengurniakan perempuan itu dengan seorang anak lelaki. Pada suatu hari anak lelakinya jatuh sakit dan mati. Perempuan itu dengan segera menaiki keldai dan pergi mencari Nabi Elisa. Elisa datang ke budak lelaki yang sudah mati itu, menutup pintu bilik dan berdoa kepada TUHAN. Kemudian dia meniarap di atas budak lelaki itu. Budak itu bersin tujuh kali lalu membuka matanya. Dia telah dihidupkan kembali. TUHAN telah menggunakan Elisa untuk melakukan banyak mukjizat.

Aktiviti

Ambil pelekat untuk melekatkan bahagian bawah budak lelak itu (sebelah kanan garis putus-putus) pada katil di gambarajah yang berikut. Ceritakan bagaimana Elisa telah datang ke budak itu dan selepas berdoa dan meniarap atas budak itu, dia dihidupkan semula. Kemudian lipat budak itu pada garis putus-putus supaya dia boleh “duduk atas katilnya.” Lukis mata yang terbuka padanya dan akhirnya adik-adik boleh mewarnakan gambar itu.

plm38plm381