PL39 Elisa Memberi Makanan kepada Seratus Orang

Minggu 39  Elisa Memberi Makanan kepada Seratus Orang

2 Raja-Raja 4: 42 – 44

Pada suatu masa seorang lelaki memberi Elisa dua puluh buku roti yang baru siap dibakar. Elisa menyuruh pelayannya membahagikan roti kepada para nabi. Tetapi pelayannya khuatir roti tidak mencukupi kerana terdapat lebih kurang seratus orang di situ. Elisa memberitahu mereka memang roti bukan sahaja mencukupi, tetapi setelah makan lebihan roti akan tertinggal, mengikut firman yang diterimanya daripada TUHAN. Jadi pelayan itu pun memberi roti-roti kepada orang-orang di situ dan semua orang makan sehingga kenyang dan terdapat roti berlebihan yang tertinggal. TUHAN telah menggunakan Elisa untuk melakukan mukjizat itu. Banyak tahun kemudian, iaitu pada masa Yesus, Dia juga melakukan mukjizat untuk menambah roti supaya semua pengikut-pengikutNya dapat makan sehingga  kenyang.

Aktiviti

Bawa satu atau dua buku roti dan beri pinggan mangkuk kepada setiap adik-adik. Pastikan semua orang mencuci tangan mereka. Selepas menceritakan mukjizat Elisa, gunakan gunting dapur yang bersih dan potong roti kepada keping-keping kecil. Adik-adik yang lebih besar boleh memberi roti kepada semua adik-adik di sekolah minggu. Berdoa untuk memberi terima kasih kepada TUHAN sebelum semua orang makan.