PL4 Nuh Orang Baik

Minggu 4   Nuh Orang Baik

Kejadian 6:5 – 9

TUHAN melihat betapa jahatnya orang-orang di bumi. Dia pun menyesal kerana telah menciptakan manusia dan menempatkan mereka di bumi.

Tetapi Nuh satu-satunya orang yang baik pada zamannya. Dia selalu menurut perintah TUHAN. Oleh yang demikian Allah gembira dengan cara hidup Nuh. Terangkan kepada adik-adik makna perkataan “baik” dan bagaimana kita dapat mencontohi cara hidup Nuh yang baik. Beri contoh cara-cara adik dapat melakukan perbuatan yang baik seperti berdoa kepada TUHAN, membaca Alkitab, mematuhi cakap ibu bapa, dan menolong orang lain.

 

Aktiviti

Bantu adik-adik mengisi borang di bawah. Adik-adik perempuan boleh mewarnakan gambar budak perempuan dan adik-adik lelaki mewarnakan gambar budak lelaki.

 

plm4