PL40 Daniel Pengikut TUHAN

Daniel 1 : 17, Mazmur 119:11

Daniel selalu taat kepada Allah dan menurut perintahNya. Allah telah mengurniakan Daniel dan tiga kawan-kawannya dengan kebijaksanaan yang luar biasa. Oleh kerana mereka sangat bijak dan berpengetahuan, mereka telah dipilih oleh pegawai tinggi raja Babilonia untuk berkhidmat di istana raja. Daniel dan tiga kawan-kawannya dapat menjawab soalan raja Babilonia sepuluh kali lebih baik daripada semua penilik dan ahli sihir di seluruh kerajaan baginda.

Aktiviti

Tanya adik-adik siapakah mahukan kebijaksanaan dan pengetahuan. Beritahu mereka sesiapa yang ingin menjadi bijak perlu membaca Al-Kitab selalu kerana Ia mengandungin ajaran dan tunjukan yang betul dan bijak. Kita juga perlu berdoa kepada TUHAN untuk meminta kebijaksanaan. Bantu adik-adik membuat kraft sebuah Al-Kitab kecil. Lipat kertas A4 kepada empat bahagian supaya merupai sebuah buku. Lukis salib di muka depan “buku Al-Kitab” dan bantu adik-adik warnakannya. Tulis perkataan “Al-Kitab” di bawah salib. Kemudian cetak Doa Tuhan yang berikut dan lekatkan pada bahagian dalam Al-Kitab mereka. Al-Kitab kecil boleh dipamerkan dalam bilik adik-adik untuk mengingatkan mereka supaya membaca Al-Kitab.

plm40plm401