PL41 Daniel tidak Menajiskan Diri dengan Makanan Raja

Minggu 41           Daniel Tidak Menajiskan Diri dengan Makanan Raja

Daniel 1 : 8 – 16

Apabila Daniel dan tiga orang kawan Yehudanya dibawa ke istana raja Babilonia, raja menyuruh mereka diberi wain dan makanan sedap yang ditetapkan raja. Tetapi Daniel bertekad tidak mahu menajiskan dirinya dengan memakan makanan istana lalu memberitahu pengawas istana. Allah telah menyebabkan pengawas itu mengasihi Daniel tetapi dia masih takut jika Daniel dan kawan-kawannya tidak makan makanan istana. Dia bimbang mereka akan kelihatan tidak sihat dan raja akan membunuhnya.

Maka Daniel bercadang kepada pengawas itu supaya menjalankan satu percubaan selama sepuluh hari. Daniel dan kawan-kawannya akan diberi sayur-sayuran dan air biasa sahaja dan setelah sepuluh hari pengawas itu boleh melihat keadaan mereka. Selepas sepuluh hari, Daniel dan kawan-kawannya kelihatan lebih sihat daripada pemuda-pemuda yang lain yang diberi makanan istana. Apabila pengawas itu meneliti mereka, dia membenarkan Daniel dan kawan-kawannya makan makanan mereka sendiri. Daniel dan kawan-kawannya telah bertegas tentang kepercayaan mereka dan Allah melindungi mereka daripada kemarahan pengawas dan raja.

Aktiviti

Gambar-gambar di muka yang berikut menunjukkan pelbagai jenis makanan. Warnakan sayur-sayuran dalam gambar itu. Apakah sayur-sayuran lain yang adik suka makan? Galakkan adik-adik supaya makan sayur-sayuran kerana ia sihat untuk badan kita.

plm41