PL42 Allah Melindungi Daniel daripada Api

Minggu 42 Allah Melindungi Daniel daripada Api

Daniel 3

Pada suatu masa dahulu, Raja Nebukadnezar mendirikan sebuah patung emas yang sangat besar dan tinggi dan menyuruh semua orang menyembah patung itu. Tetapi tiga pemuda Yahudi iaitu kawan-kawan Daniel tidak mematuhi arahan raja. Apabila raja mendengar pembantahan tiga kawan-kawan, baginda menjadi sangat marah. Raja menyuruh mereka menyembah patung – jika tidak mereka akan dibuang ke dalam relau api yang panas. Tiga pemuda itu menjawab bahawa Allah akan melindungi mereka daripada api. Jika Allah tidak menyelamatkan mereka, mereka tetap tidak akan menyembah patung itu.

Ini menyebabkan raja menjadi sangat marah dan baginda menyuruh api itu dipertingkatkan supaya menjadi tujuh kali lebih panas daripada biasa. Relau itu begitu panas sehingga askar-askar yang mengikat dan melemparkan tiga pemuda kedalamnya mati dibakar. Tetapi Sadrakh, Mesakh dan Abednego berjalan sahaja di dalam relau api. Mereka juga terbebas daripada ikatan mereka. Raja Nebukadnezar ternampak orang yang keempat dalam api relau itu. Rupa orang yang keempat itu seperti malaikat. Baginda sangat terperanjat dan menyuruh tiga orang pemuda itu keluar dari relau. Semua orang nampak yang mereka tidak tercedera, dan baju mereka tidak terbakar pun. Orang ramai memuji Allah yang disembah oleh tiga kawan itu. Inilah TUHAN yang kita sembahkan. Kita mesti sentiasa taat kepadaNya sahaja dan Allah akan melindungi kita daripada tindasan orang yang tidak percayakanNya.

Aktiviti

Adik-adik boleh warnakan gambar tiga orang kawan. Kemudian potong keluar rupa orang yang keempat yang seakan malaikat TUHAN dan lekatkan dalam gambar, bersama tiga kawan-kawan itu. Ingatkan adik-adik Allah telah menyelamatkan tiga kawan-kawan itu kerana mereka taat kepadaNya sehingga tidak takutkan api relau. Keberanian mereka patut dijadikan teladan bagi kita.

pl42apl42