PL43 Allah Melindungi Daniel daripada Singa

Minggu 43 Allah Melindungi Daniel daripada Singa

Daniel 6

Daniel menjadi pegawai tinggi kepada Raja Darius iaitu Raja Babilonia. Allah bersama Daniel dan ternyatalah kerja Daniel lebih baik daripada pengawas atau gabenor yang lain. Ini menyebabkan pegawai-pegawai lain menjadi cemburu. Mereka memikir satu perangkap untuk menjatuhkan Daniel. Mereka memujuk Raja Darius untuk mengeluarkan satu perintah supaya tidak seorang pun boleh menyembah apa-apa dewa atau meminta apa-apa daripada sesiapapun kecuali raja selama tiga puluh hari. Sesiapa yang tidak mematuhi perintah itu akan dibuang ke dalam gua singa. Setelah perintah itu dikeluarkan, seperti biasa Daniel pulang ke rumahnya dan berlutut di hadapan tingkap terbuka untuk berdoa kepada Allah. Dengan segera musuh-musuhnya melaporkan berita itu kepada Raja Darius. Raja sangat sedih kerana baginda sayangkan Daniel tetapi terpaksa memberi perintah untu menangkap Daniel dan menyuruh pembantu-pembantunya membuang Daniel ke dalam gua singa. Baginda berharap Allah Daniel akan menyelamatkannya daripada singa. Pada keesokan hari baginda telah berkejar ke gua singa dan mendapati Daniel masih hidup dan sihat. Allah telah mengirimkan malaikatNya untuk menutup mulut singa dan melindungi Daniel daripada kecederaan. Inilah Allah yang kita sembah – Dia mampu menyelamatkan kita dari sebarang kecelakaan pun.

Aktiviti

Beli atau buat beg kertas bersama adik-adik. Gunting keluar gambar singa dan lekat atas beg kertas. Tunjukkan adik-adik gigi singa yang tajam. Kemudian lipat beg kertas dan lekat dengan pelekat supaya mulut singa kelihatan tertutup (seperti dalam gambarajah berikut). Warnakan gambar ini. Ingatkan adik-adik TUHAN telah menghantar malaikatNya untuk menutup mulut singa. Beg kertas ini boleh dipakai pada tangan sebagai patung tangan.

pl43a

pl43