Minggu 45 Yunus Berdoa kepada TUHAN
Yunus 2
Dalam perut ikan, Yunus memuji TUHAN, meminta maaf dan berdoa kepadaNya agar menyelamatkannya dan dia berjanji akan menunaikan segala perintah TUHAN. Atas perintah TUHAN, ikan besar memuntahkan Yunus ke daratan. Kali ini Yunus mentaati perintah TUHAN dan pergi ke kota Niniwe dan memberi firman TUHAN kepada penduduk Niniwe yang jahat. Penduduk Niniwe percaya kepada perkhabaran Allah itu dan semua rakyat dan raja mereka berpuasa dan memakai kain guni untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Apabila Allah bahawa mereka yang menyesali kesalahan mereka, Dia mengubah fikiranNya dan tidak melaksanakan hukuman ke atas kesalahan mereka.
Aktiviti
Yunus berada dalam perut ikan selama tiga hari tiga malam. Ingatkan adik-adik keadaan sangat gelap dalam perut ikan. Suruh mereka menutupkan mata mereka dengan tangan dan rasa betapa gelapnya. Tanya adik-adik adakah Yunus berasa takut dalam perut ikan? Memang Yunus takut tetapi dia masih berdoa dan memuji TUHAN dalam perut ikan dan TUHAN telah mendengar doa Yunus lalu menyuruh ikan besar memuntah Yunus ke daratan.
Adik-adik boleh bermain permainan Si Buta cam orang. Pilih seorang budak dan ikat kain pada matanya supaya dia tidak dapat melihat. Suruh dia berjalan-jalan dalam bilik sehingga dapat menangkap budak yang lain. Apabila setelah ditangkap, budak yang ditangkap itu akan menjadi Si Buta yang baru.