PL46 Yerusalem Baru

Minggu 46    Yerusalem Baru

Zakharia 2 : 10 – 13

TUHAN berfirman, “Bernyanyilah dengan gembira, hai penduduk Yerusalem! Aku akan tinggal di tengah-tengah kamu!” Pada masa itu banyak bangsa akan datang kepada TUHAN untuk menjadi umatNya. Dia akan tinggal di tengah-tengah kamu, dan kamu akan tahu bahawa TUHAN telah mengutus aku kepada kamu. Sekali lagi Yehuda akan menjadi milik khas TUHAN ditanahNya yang suci, dan Yerusalem akan menjadi kota yang paling disayangiNya.

Aktiviti

TUHAN memberitahu kita bahawa pada masa akan datang, Dia akan menjadikan Bumi yang baru dan Yerusalem yang baru dan Dia akan tinggal bersama-sama dengan semua umatNya yang beriman. Beri setiap adik-adik sekeping pinggan kertas untuk mewakili Bumi yang baru dan bantu adik-adik melukis ramai orang di Bumi itu untuk mewakili umat-umat Kristian, semua orang yang sayang TUHAN dan mematuhi perintahNya.

pl46d