PL47 Berikanlah yang Terbaik kepada TUHAN

Minggu 47   Berikanlah yang Terbaik kepada TUHAN

Maleakhi 1 : 6 – 8

TUHAN Allah Bapa kami dan Tuan kami – oleh yang demikian kita perlu menyembahkan barangan yang terbaik kepadaNya. Pada masa dahulu TUHAN sangat memarahi orang Israel kerana mempersembahkan binatang yang buta, sakit atau tempang sebagai korban kepadaNya. Walaupun hari ini kita tidak mempersembahkan binatang kepada TUHAN tetapi sebaliknya kita mempersembahkan wang peratusan kita. Jangan kita berikan kurang daripada peratusan yang harus kita beri. Apabila kita bertugas di gereja atau sekolah minggu, kita mempersembahkan khidmat kepada keluarga TUHAN. Apabila kita membuat kerja TUHAN, marilah kita memberiNya usaha kita yang terbaik. Khidmat kita yang disembahkan dengan baik adalah satu pujian kepada TUHAN.

 

Aktiviti

Buat tabung simpanan wang peratusan. Sediakan satu bekas plastic atau cawan kertas untuk setiap adik. Berikan mereka kertas berwarna untuk dilekatkan sebagai perhiasan pada bekas mereka. Buat satu tudung kadbod bagi bekas mereka dan potong satu lubang slit di bahagian tengah tudung. Adik-adik boleh melekatkan stiker dan tulis perkataan “Tabung” atas bekas dan menggunakannya untuk menyimpan wang peratusan mereka sebelum memberi wang peratusan mereka kepada gereja. img_20161107_082925