PL48 Pemberian Peratusan kepada Allah

Minggu 48           Pemberian Peratusan kepada Allah

Maleakhi 3 : 8 – 1

Dalam Maleakhi, Allah telah mengatakan manusia menipuNya. Bagaimana kita boleh menipu Allah? Jika kita tidak memberikan persepuluhan kita ke Rumah TUHAN. Sebaliknya jika kita bawa seluruh persepuluhan kita ke Rumah TUHAN maka Dia akan membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kita dengan segala yang baik. Serangga tidak akan merosakkan tanaman kita, pokok anggur kita akan berbuah dengan lebat. Beginilah janji TUHAN kepada kita, kita akan mendapat kebaktian jika kita membawa peratusan dan persembahan kita kepadaNya.

Aktiviti

Negara kita terlalu panas untuk menanam pokok anggur secara besar-besaran. Tetapi TUHAN telah memberkati kita dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan yang lain. Cetakkan gambarajah yang berikut untuk adik-adik. Tahukah mereka apa jenis pokok dalam gambar itu? Bantu mereka melukis buah pisang dan buah mangga yang lebat pada pokok-pokok itu dan warnakan. Demikianlah janji TUHAN untuk memberkati sesiapa yang memberikan persepuluhan dan persembahan dengan setia.

pl47