PL5 Nuh Melakukan Perintah TUHAN

Minggu 5   Nuh Melakukan Perintah TUHAN

Kejadian 6 : 22

Nuh orang baik dan melakukan kehendak TUHAN kerana dia mengasihi TUHAN. TUHAN menyuruh Nuh membina sebuah bahtera yang besar dan memberi Nuh arahan untuk membina bahtera itu. TUHAN mahukan Nuh membawa keluarganya dan beberapa pasang semua binatang dan burung ke dalam bahtera yang dibinanya kerana TUHAN akan menurunkan hujan selama empat puluh hari dan malam supaya semua makhluk hidup akan binasa. Hanya keluarga Nuh dan semua binatang yang berteduh di dalam bahtera Nuh akan selamat. Semua manusia lain yang jahat yang tidak menurut perintah TUHAN akan mati dalam banjir besar itu. Nuh pun membina bahtera itu mengikut arahan TUHAN.

 

Aktiviti

Cetakkan gambar bahtera di bawah bagi adik-adik warnakan. Gunting pada garis-garis pada tingkap dan lipat pada garis putus-putus untuk menjadi tingkap. Kemudian berikan stiker binatang-binatang (atau cetakkan gambar binatang-binatang) supaya adik-adik dapat melekatkan pada bahtera Nuh. Pastikan binatang-binatang semua ada dalam pasangan.

plm5