PL6 Banjir Besar

Minggu 6   Banjir Besar

Kejadian 7

Seperti kata TUHAN, hujan kemudian melanda seluruh permukaan bumi selama 40 hari 40 malam. Air banjir itu semakin naik sampai melitupi puncak gunung-ganang yang tinggi. Segala makhluk yang hidup di bumi, sama ada manusia ataupun binatang ataupun burung turut binasa kecuali keluarga Nuh dan semua binatang di dalam bahteranya. Tetapi Allah tidak melupakan Nuh dan segala binatang yang ada bersamanya di dalam bahtera itu. Allah menghentikan hujan dan membuat angin bertiup sehingga air mulai surut. Setelah tunggu beberapa lama lagi, Nuh melepaskan seekor burung merpati tetapi setelah terbang keluar akhirnya burung merpati itu kembali ke bahtera Nuh kerana ia tidak dapat menemui tempat kering untuk berhinggap. Selepas tujuh hari Nuh melepaskan burung merpati itu lagi dan ia kembali kepadanya dengan membawa sehelai daun zaitun yang segar pada paruhnya. Jadi Nuh tahu air banjir sudah surut. Setelah menunggu tujuh hari lagi Nuh melepaskan burung merpati itu tetapi ia tidak kembali kepada Nuh.

 

Aktiviti

Cetakkan gambar burung merpati pada kertas dan bantu adik-adik memotong keluar bentuk burung merpati. Lekatkan gambar burung itu pada straw minuman yang telah dipotong pendek.

p64