PL8 Abram Mentaati Allah

Minggu 8   Abram Mentaati Allah

Kejadian 12:1 – 8

Allah berfirman kepada Abram dan menyuruhnya tinggalkan negerinya, kaum keluarganya dan rumah bapanya dan pergi ke negeri yang Allah akan tunjukkannya. Ketika itu Abram berumur 75 tahun dan dia mengikut perintah Allah dan meninggalkan tempat tinggalnya Haran. Pada masa itu Abram tidak tahu ke mana dia akan pergi, dia menurut perintah Allah walaupun dia tidak tahu ke mana Allah akan menempatkannya. Begini besarnya kepercayaan dan iman Abram terhadap TUHAN. Dan Abram mengasihi TUHAN, dia membina maznah di beberapa tempat untuk TUHAN.

Tanya adik-adik arahan siapakah yang mereka patuhi – adakah mereka menurut arahan TUHAN, ibu bapa, penjaga atau guru-guru mereka? Bagaimanakah boleh mereka mempamerkan sikap menurut arahan?

Aktiviti

Bantu adik-adik melukis perjalanan jauh yang diambil oleh Abram semasa berpindah dari Haran ke negeri yang disuruh Allah.

plm8